Kerajaan akan meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion bagi tahun 2025, berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima mulai April 2025 dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas seperti makanan, ubat-ubatan, barang persekolahan, dan keperluan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
#Belanjawan2025
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#JabatanPenerangan