"Buat apa kita subsidi orang Thailand? Itu duit rakyat kita!"
Rumusan ucapan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II mengenai impak penyasaran semula subsidi diesel:
Jualan runcit diesel di stesen minyak menurun hampir 30% untuk minggu pertama.
Jualan diesel komersial meningkat sebanyak 4 juta liter sehari, memberi isyarat bahawa sebahagian penggunaan diesel runcit bersubsidi diguna oleh sektor industri yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran.
Jualan diesel di sempadan menurun 40%, ia menunjukkan aktiviti penyeludupan diesel wujud.