Tular kes seludup di Forest City

Опубликовано: 16 Январь 2025
на канале: Kasi Happy Sikit KHS
61
2

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, tular video berdurasi 2.21 minit memaparkan insiden itu, namun hasil siasatan dilakukan mendapati ia merupakan sebuah video lama.

Ia merupakan video lama yang telah ditularkan pada tahun 2021 dan dimuat naik semula bagi mendapat perhatian warganet.

"Keadaan luar kedai bebas cukai yang masih menggunakan alat pengesan berwarna jingga, di mana alat pengesan ini telah ditukar dengan alat pengesan baharu berwarna ungu juga membuktikan ia adalah video lama," katanya dalam kenyataan

Menurut Aminul Izmeer, JKDM komited membendung kegiatan penyeludupan minuman keras di Forest City dengan meletakkan anggota di situ.

Ujarnya, sejak pembukaan dan kewujudan kedai bebas cukai di Forest City dari tahun 2018, JKDM telah ditugaskan untuk berada di pintu keluar masuk.

(Sumber dari Sinar Harian)