[PUTRAGC 2022: PERSEMBAHAN NYANYIAN DUET - KURIK KUNDI, ZAPIN USIK MENGUSIK & ORIGINAL SABAHAN]
💫 Persembahan nyanyian duet pada Majlis Penutupan Putra Global Conference On Student Leadership & High Impact Involvement (PUTRAGC 2022) oleh saudari Nazzila Razak dan saudara Haziq Izwan dengan menggunakan karya lagu:
Kurik Kundi oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza;
Zapin Usik Mengusik oleh Senario ft Haida; dan
Original Sabahan oleh Atmosfera ft Floor 88.
💫 Secara ringkasnya melalui lagu Kurik Kundi menampilkan tujuh loghat bahasa Melayu seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah dan Sarawak di mana bahasa Melayu baku dijadikan sebagai pembuka dan penutup lagu. Mesej yang ingin disampaikan adalah, kepelbagaian loghat dalam bahasa Melayu. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara di Nusantara turut mempunyai loghat bahasanya yang tersendiri. Malah loghat-loghat negeri di Malaysia boleh ditemui di negara jirannya, Indonesia.
💫 Pendekatan yang agak sama melalui kedua-dua lagu lain seperti Zapin Usik Mengusik (membawa elemen usikan melalui laras bahasa yang cantik dan berentak irama Malaysia) serta Original Sabahan (mengangkat elemen loghat Sabah dan mesej keindahan Sabah dengan rentak muzik yang lebih moden).
"TEGUH DINAMIK INTELEK"
"JUARA DAMBAAN WARGA"