"Saya down, kenapa tahap 4?" - Zaibo lalui fasa sukar hidap kanser

Опубликовано: 15 Февраль 2025
на канале: mStar Online Malaysia
293,636
like

SUNGGUHPUN disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat, pelakon Zaibo masih mampu tersenyum ceria melayan rakan-rakan yang menziarahinya.

Derita yang ditanggung langsung tidak dizahirkan diraut wajah Zaibo yang terkenal dengan watak Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya.

Bagaimanapun ketika wartawan mStar menziarahi Zaibo, 62, yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dia mengakui sukar menerima berita sedih yang menimpa dirinya itu.